05 November 2018

Tabung harapan laptop.

Rasanya dah berdekad terasa tak menulis di sini. Rasa janggal dan aneh.

Faktor kesibukan dan tiada masa lapang yang sesuai untuk tulis dan jarang membaca membuatkan aku lupa hendak mencerna idea untuk membuat tulisan.

Plus, laptop iaitu harta yang paling aku sayang telah rosak dek kerana tempias air hujan menambah down aku untuk menulis. Sedekahkan daku tabung harapan laptop =_="

Alhamdulillah dan kemudiannya, alhamdulillah tahun 2018 sehingga ke takat bulan november ini. Aku berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada mu ya Allah. Betapa budi dan kasihMu sayang memberi daku limpahan kurnia dan rezeki yang pelbagai membuat hambaMu ini tersipu sipu malu.

Terima kasih rabb. Atas segalanya. T_T

Alhamdulillah. Diberi kejayaan daripada pelbagai aspek walaupun agak lambat yang dicapai tapi aku rasa bersyukur tak terhingga kerna akhirnya aku kecap juga.

Dapat tamat studi dengan jayanya dan terus mendapat ijazah.
Dapat lesen kereta, bawa kereta ( manual ye, ehem ) jauh jauh ( boleh jauh lagi, insyaAllah )
Dapat bernikah di usia muda dan dikurniakan rezeki isteri yang baik lagi memahami. ( till jannah, insyaAllah )

sekali lagi, alhamdulillah.

Dan semoga tahun mendatang lebih baik lagi. Dikurniakan limpahan rezeki yang baik baik dan kesabaran dan ketabahan menghadap ujian ujian yang lebih besar.

Perlahan lahan kita kayuh bersama sama.

Doa itu percuma.

07 March 2018

Apa yang aku perlu



Apa yang aku perlu,


  • motivasi dan semangat #1
  • rasa rajin yang dahulu
  • duit
  • rambut dulu
  • masa rehat dan tidur
  • kerja yang stabil
  • iman 

katakan tidak mengapa atas apa apa yang berlaku. 
katakan rasa syukur atas setiap perkara perkara.



19 February 2018

Berfikir banyak.




sejak akhir akhir ini, aku berfikir dan risau yang banyak.

aku memerlukan pertolongan.

tapi, aku tak rasa manusia yang boleh tolong.

jadi, dengan fikiran aku yang tak berapa tenang dan badan yang kurang sihat, aku harap kepada Engkau.





12 February 2018

Permintaan kecil.




Hari ini merupakan salah satu hari yang sedih.

Kepala sakit.
Dada pun rasa sakit. Dah lama tak merasa sakit dada sejak beberapa bulan yang lalu.

Masa yang lapang banyak buat aku overthinking. hakikatnya, banyak sangat berfikir tak pernah selesaikan masalah. tetapi, dengan hanya banyak tuah, mampu menyelesaikan masalah.

dan tuah tidak pernah menyebelahi aku.
mungkin bukan hari ini. dan hari semalam juga.

aku dah mula runsing. sebab aku takut menaruh harapan pada hari esok, aku takut harapan aku berkecai lagi. dan lalu aku sakit dada kembali.

aku tak minta pun cemerlang, aku nak lulus sahaja. aku minta hajat yang kecil sahaja.

tapi, harganya cukup mahal buat aku. kenapa aku sangat miskin? sabarlah.

kepala aku sakit.
aku menulis dengan dada yang sakit.
aku menulis malam ini yang esoknya aku ada ujian. lagi.

aku sangat memerlukan pertolongan. Sangat.

Tolonglah aku.


Untuk tidak sakit dada lagi.









10 February 2018

Magnet.





Semakin jatuh ke dasar
Suram dan kelam transisi
Ingin timbul naik
Mengharap cahaya jadi magnet
Naik ke awan


Aku perlukan motivasi.

02 February 2018

Tak tahu. Semangat yang hilang.




Aku rasa stress.
Tertekan sedikit.

Aku baru teringat nak tulis hal hal yang memberi semangat dan baik baik. tapi, bukan sekarang.

Aku perlukan semangat baru. nak cari dekat mana?

Aku rindu arwah tok wan.

Semoga tahun ini lebih baik daripada sebelum ini.