22 February 2015

kopi dan teh.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani





suka minum kopi atau teh?
soalan berbentuk pilihan. yang hanya butuhkan satu jawapan.
kenapa tidak suka minum kedua duanya? sebab aku suka minum kedua duanya.
cumanya, ia berlainan definisi dan sebab.


teh lebih bermakna. hangat mahupun ais.
bila dicicah bersama biskut hup seng di waktu petang selepas prep petang mahupun malam.
dan makan nasi goreng black pepper bersama kawan kawan.


teh ada elemen 'bermakna'


kopi lebih matang. gula atau tidak.
cicah dengan biskut orea untuk rasa yang gila.
dan untuk tidak tidur sampai pukul 3 pagi demi mendapatkan gred padu.


kopi ada elemen 'matang'


kenapa tidak minum kedua duanya sekali?





21 February 2015

Perempuan cantik

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



dalam kelas aku, ada seorang perempuan yang cantik
bila aku tengok kecantikkan dia
aku ada tulis dalam buku nota aku


ada satu bau yang mewangi.
di situ lah si cantik meliar mewarni.
namun aku enggan merasai.
kerna tangan ini hanya mengotori.
bukan bidadari.

Arus

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


aku ada baca satu post daripada facebook. dan terlihat pula top comment bagi post tersebut. sungguh menusuk bila baca. aku terus mengiyakan. ia berdasarkan apa yang aku rasa. aku membenarkannya.


budak budak yang datang daripada keluarga yang susah, dapat gred yang baik tapi tak memilih aliran kerjaya seperti doktor, jurutera dan peguam akan menyebabkan mak dan ayah mereka agak risau. rasa susah hati sebab kerjaya tersebut lebih secure. sedangkan si anak lebih mahukan kerjaya yang lain. kerjaya yang tak secure. seperti penulis ( berdasarkan komen facebook)


aku nak cakap mereka yang berlatar belakang kan golongan bawahan daripada segi kewangan akan mengalami proses desakan yang lebih. mereka selalunya terpaksa melalui 'the flow'. melainkan jika mentaliti budak itu sanggup terjun kembali dalam sungai untuk bersusah payah menentang arus 'the flow'


the flow


dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang memang melayakkan ambil kos kritikal menjadi idaman bagi mak dan ayah kepada si anak. tapi tidak pula si anak yang agak kritikal minatnya. jika kau miskin, mestilah kau cuba melarikan daripada sakitnya itu ke jalan yang lebih selamat. mengikut 'sistem', kerjaya kritikal itu mengangkat kau lebih jauh ke lubuk tenang daripada segi masa panjang.


tetapi, untuk keluar daripada 'the flow', kau bermula daripada rasa susah payah yang kau sedang berusaha untuk larikan diri, cuba pula masuk melawan arus untuk lebih bersusah payah. mengejar minat kau yang gila yang belum pasti dan belum selamat. dan ini membuatkan aku lebih salute dan hormat kepada budak budak ini.

jika kau tidak merasa sakitnya miskin
mana mungkin kau dapat merasakan betapa dasyatnya menjadi terdesak
memilih jalan yang betul betul buat kau girang


kepada lelaki itu,


aku tahu
konversasi kita hanya mengenal nahu
mengenali tatabahasa mu buatkan aku tahu
kau adalah pejuang di mata  ku





14 February 2015

Aku

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

marah.
aku mula membenci aku.
marah.
kebencian menjadi aku.

salah.
ia buat aku sunyi.
salah.
ia buat aku menyepi.

kepada tuhan,

jika ini yang Kau beri sebagai tanda sayang
semoga namanya aku ada di celah celah taman Mu
nama yang berwarna kelabu

jika aku kalah kepada yang salah
tolong. tolonglah.

aku merayu

aku merayu
jangan matikan aku dalam jiwa yang salah.
marah.
benci.
kelabu.
hati ku jadi dahaga.
kulit ku kering.

bunuh tangan yang gila.
lumpuh kan kaki dunia.

jika adiksi ini dapat ku siatkan
semoga namanya aku ada di celah celah taman Mu
nama yang berwarna kelabu
yang namanya aku



11 February 2015

Valentine untuk aku.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani




Hari valentine adalah seperti hari hari yang biasa bagi aku. Seperti melewati hari isnin ke selasa, rabu ke khamis dan seterusnya. Melainkan ada peperiksaan yang buatkan aku tidak lena dan ngantuk selepas habis menjawab kertas.

Mungkin, sebab aku tidak punya kelayakan untuk menyambut hari itu disebabkan salah satunya ialah mesti punya kekasih sebagaimana berdasarkan tradisi turun temurun, motif dan tujuan utama hari itu ialah hari yang namanya lain disebut hari kekasih. Jadi, jika kau tidak punya kekasih maka hari itu ialah hari yang tidak lengkap. Teknikalnya, kau bukan lah orang yang wajar untuk menyambutnya.

Dan apabila semakin mendekatnya hari hari itu, ada orang menegah yang lain supaya jangan menyambutnya. Ada yang mendakwa elemen elemen kristianisasi, hari menyambut maksiat kerna menggalakkan couple dan zina, hari menghabiskan wang;membeli barang barang kepada yang tersayang dan lain lain.

Pihak di sebelah sana pula mendakwa, hari itu tiada elemen kristianisasi;tidak ada sebarang ritual dan acara bagi mengagungkan pendeta kristian yang didakwa pengasas hari itu. Tiada bukti dan tiada aktiviti yang boleh mengugat akidah dan iman muslimin dan muslimat. Maksiat juga bukan hanya ada pada hari itu, hari lain juga lebih hebat. Tahun Baru, hari kemerdekaan, hari Malaysia dan hari hari biasa juga ada zina. Dan seperti hari hari lain, kita juga banyak membuang wang dalam setiap perayaan yang ada dalam negara ini, tidak semestinya pada hari kekasih sahaja.

Lalu, aku berpecah kepada dua.

Aku yang pertama.

Tiada unsur kristian dan bukan perayaan orang kristian seperti yang didakwa oleh mereka.
Couple dan zina boleh berlaku pada hari hari raya lain dan juga hari hari biasa.
Pembaziran juga boleh berlaku pada hari raya lain dan juga hari hari biasa.

Aku yang kedua ( yang agak paranoid ) pula memberi kata,

Hari kekasih masih juga disama ertikan dengan hari valentine.
Hari kekasih ialah hari yang spesifik untuk diraikan bersama kekasih berbeza dengan hari hari lain. Target utama pasangan kekasih yang belum ada ikatan sah.
Pembaziran, aku masih tak pasti sebab aku sendiri tak pernah tengok orang membazir pada hari kekasih.

Dan, aku bercantum menjadi satu.

Sebagai muslim yang mahu cuba menjadi baik, hari kekasih ialah hari seperti hari hari yang lain. Muslim yang baik tak diajar ber’kekasih’ sebelum kahwin bak kata muslim yang lebih baik apatah lagi zina.

Rumus mudah. Seperti yang diajar dalam Islam.

Muslim yang cuba mahu betul betul mendalami agamanya, tidak ber’kekasih’. Bila tiada kekasih telah hilang terus kelayakan untuk menyambut hari itu kerna tidak mempunyai syarat utama bagi meraikannya.

Jadi, kepada orang yang tak layak, marilah kita membuat muslim lain turut sama ‘tak layak’ menyambut hari itu.

Hari valentine adalah seperti hari hari yang biasa bagi aku.
Sunyi.
Tak. Jika kau ada Dia.

 2 sen.


03 February 2015

Labur.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

selalunya tak bagus bila kita dapat cuti lama sangat, sebab mindset kita suruh badan kita rehat tanpa buat aktiviti yang betul betul bermanfaat. dan inilah berlaku sekarang bila dapat cuti yang panjang. kepala tak boleh nak selesaikan soalan matematik UPSR.

jadi, aku pun cuba berjinak jinak main sudoku. katanya, mampu menajamkan otak. lalu, aku main. main. dan main. aku dapat rasakan perasaan marah aku yang semakin menajam. terus aku letak tepi buku sudoku sebelum aku betul betul berdarah. aku praktis guna tangan kiri. katanya, ia mampu initiate laluan neuron baru, memandangkan aku lelaki bertangan kanan. dan ia agak menyeronokkan, memandangkan sekarang pun aku sedang menaip dengan menggunakan tangan kiri. kadar kelajuan; labi labi.

aku mula belajar main gitar. dan ini menyebabkan aku lebih frustrasi dengan tangan kiri aku yang mula memberontak, jari jemari aku susah nak koordinat dan ia telah merosakkan tekstur kulit aku. bergaris garis. nak ingat chord lagi. bila strum gitar, bunyi aneh pula yang keluar. mungkin aku patut simpan tangan kiri aku untuk tujuan menaip dan menulis sahaja.

aku mula baca balik buku buku lama dalam rak buku. semuanya buat aku lena. lepas itu bangun pukul 2-3 pagi. bagus untuk bangun malam. tahajud. tapi, tak best sebab selama ini hadam sebuah buku dalam masa sehari dua saja tapi ini setiap kali selak 4-5 halaman, terus masuk alam mimpi. memang tak menyeronokkan. terasa malas pula untuk baca.

aku nak belajar masak tapi terlalu malas untuk ke dapur.

pelaburan.

untuk belajar sesuatu, kau kena melabur.
bila dah berusia ini, mak ayah dah tak beri duit. kita akan lebih sensitif dengan kondisi kewangan kita. satunya, aku belum bekerja. dan duit tak pernah masuk dalam akaun bank aku. yang ada mengalir keluar. bila kau ada banyak duit, kau tak akan rasa duit itu mengalir. tapi, bila kau tak banyak duit, kau akan mula rasa sempit.

aku mula mula bila terasa duit aku banyak, aku tak rasa apa apa untuk keluarkan duit. beli makanan mahal mahal. baju tak sangat. buku paling banyak habis, tapi sekarang ini aku kurangkan pembelian buku sebab dah ada kerajaan nak beri baucar. dulu dulu tak kisah pun nak keluarkan duit kalau beli buku, sekarang kena kisah, sebab betul betul dah mula rasa sempit.

kalau ajak mak keluar makan makan, mak akan tanya senarai harga bagi setiap makanan. kalau mahal, dia akan pandang muka aku pelik. kalau bawa barang balik ke rumah pun akan tanya harga berapa bagi setiap barang, betapa 'disiplin' mak aku, kalau over daripada prediction, dia akan mula meleter. mula mula tak rasa apa apa tapi bila dah mula terasa sempit, kita akan kata mak ialah pengurus kewangan terbaik dalam keluarga.

aku rasa mak aku pelik sebab dialah satu satunya mak yang aku kenal tak suka aku beli buku.

dan aku tanya kenapa. dia kata baik beli benda benda lain. aku pun tak tahu apa yang dimaksudkan dengan benda benda lain oleh mak aku. sampailah waktunya sekarang, baru aku faham.

memandangkan aku tak kerja macam aku cakap tadi. aku akan sentiasa mengalami duit keluar dan tak akan mengalami duit masuk. jadi, ini satu 'malapetaka' kalau difikir untuk kesan jangka masa panjang. macam cerita lotus eater.

hari itu aku jumpa kawan kawan aku dengar sembang sembang saham. seronok mereka bercerita tentang duit. bila kita melabur, kita keluarkan duit, dan kita kena pastikan yang duit itu kena masuk kembali dalam poket kita. barulah aku faham, kenapa mak aku tak suka aku beli buku.

sebab untuk dapatkan buku, kau kena keluarkan duit. adakah dengan membeli buku, kau akan dapat kembalikan duit ke dalam poket kau semula? tak. aku tak rasa dengan hanya membaca buku dapat mengembalikan duit aku. jadi, aku telah mengalami kerugian. rugi daripada segi duit keluar dan duit masuk lah. ilmu insyaAllah masuk dalam kepala. itupun kalau masuklah.

sebenarnya, tiap tiap hari kita melabur. hari itu aku buat kek batik. 20 ringgit habis aku beli bahan bahannya. duit aku keluar habis begitu untuk belajar buat kek batik. siapa kata menuntut ilmu itu percuma. ilmu itu percuma. tapi, proses nak dapatkan ilmu itu yang perlukan duit.

aku tak berapa setuju sangat dengan duit tak boleh beli kegembiraan. duit boleh beli kegembiraan.
disebabkan dulu dulu keluarga aku pernah merasa sakitnya miskin dan alhamdulillah Allah tunjukkan rezeki dan lapangkannya, betul betul rasa stabil sekarang.

dan tanpa duit, aku tak boleh studi sampai tahap sekarang. ini realiti. kita bergantung kepada duit untuk buat hidup kita complete. lebih sempurna. walaupun jauh daripada definisi benar sempurna itu tetapi dengan duit lah kita dapat tengok keagungan Allah lebih hebat dan luas. tengok sendiri lah top 10 para sahabat yang masuk syurga, semua kaya kaya.

berbalik kepada buku tadi, kalau kita invest duit untuk beli buku, kita perlukan effort untuk kembalikan duit itu daripada hasil pembelian buku itu.

jadi, tulis dan juallah buku sendiri.

macam mak ayah invest kita, hantar pergi sekolah untuk dapatkan kesan jangka masa panjang. supaya, kita dapat berbudi kepada mereka. supaya kita dapat membalas kembali. itulah pelaburan.

keluar duit. bayar yuran. belajar di fakulti perubatan. apa yang buatkan pelaburan itu bermanfaat?

jadi tabib.

bak kata mak aku, jadi tabib, boleh beli kereta mewah mewah dan rumah besar besar.

ya lah ummi. ya lah


02 February 2015

Pergi.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

negaraku

aku bangun daripada tidur yang sangat lama.
namun, lena ku masih menyapa.
aku mengantuk. penat.
mata dibulat perlahan lahan.
kita hidup selalu senyum di dalam kotak maya.
tapi, kita senyum bersama benci.
yang merangkak. menunggu untuk masa pembersihan.
jiwa kita kotor.
dan luka akan menjalar.
kita belum mula menangis.
rantaian kebencian itu. memanjang. menunggu kita terbelit. dan kita akan mula hilang sesuatu.

penat.
aku tidur kembali.
berharap benci akan pergi.
biarlah lena ini meninggalkan kami.
dan pada pagi khamis itu, aku mula bangun dengan rasa benci.
aku menangis.
aku hilang sesuatu.
tiada apa lagi yang boleh dibaiki.
aku pergi.